Posts

Showing posts from 2016

Harapan

Tuhan~ Jangan biarkan aku di sini Meredah belukar di malam hari Tanpa cahaya dan pentunjuk Tak tahu mana nak tuju.. Tuhan~ Berikanlah aku cahayaMu Sebagai penunjuk jalan Agar harapanku jelas Dimataku juga dimata orang Dapat juga kusemai bakti Buat insan yang tersayang Tuhan~ Semoga penantiaan ini berakhir Berakhir dengan belas ihsanMu Aku tak terdaya lagi menanggung Ingin ku lari sekuat hati Dari belenggu hidup di sini Aku ingin sinar bahagia Dapat aku teruskan perjalanan Menuju kota idaman Kota syurga impian Melunaskan cinta yang lama sarat Sarat dengan angan-angan Yang belum dikecap Tuhan~ Kasihanilah hambamu ini.......

Bermimpi lagi

Teruskan bermimpi Di kala hari.. Membenam impian Yang kabur Tak terlihat

Kesaktian

Tentang hidup

Aku ingin bercerita tentang hidup Kekadang tak tahu mana mulanya Bahkan ke mana akhirnya Tidak ku pasti Kekadang sengaja campakkan diri Ke dalam curam 

Tuhan...

Biarkan aku berlapar Kerana dengan itu Aku akan ingat Tuhan Biarkan aku sengsara Kerana dengan itu Aku cari Tuhan Biarkan aku susah Kerana dengan itu Aku akan jumpa Tuhan Jangan biarkan.. Aku sedih.. Kerana dengan itu.. Aku takut.. Aku akan putus asa, Dalam mencari Tuhan. La Tahzan

Cengkaman Iblisa

Aku sakit... Aku ingin keluar.. Rasa bahagia bila keluar Namun tidak ketemui kepuasan Mereka dengan seterunya Berusaha keras Menarikku kembali Ke sana ke lembah itu Aku puas ke sana Dilambung nikmat Puas sepuasnya Walaupun seketika Padah menanti di sana Tidak ku peduli Aku pingin keluar Adakah bahagia di sana Seperti dijanjikan?

Pukau

Hidup ini penuh dengan keindahan

Parah

Jika tiada arah tujuan Akan tersungkur di tengah jalan