Posts

Showing posts from 2014

Benteng

Rentakku rektakmu jua Aku menjauh kau mendekati Bagaimana lagi untuk pergi darimu Ku bina benteng untuk menghalangi Meskipun jarak amatla dekat Sehingga berkongsi degupan hidup Sehingga berkongsi rasa Asalkan terpisah Laksana dua laut yang bertemu Tetapi tidak mempengaruhi sesama lain Benteng yang dibina harus utuh Ia harus kuat walaupun tak tebal Cukup untuk menghalang aliran Moga ia tidak bertemu Andai ia bertemu dan bercampur Musnahlah.. Hancurlah.. Porak perandalah.. Badan dan jiwa binasa tak tertanggung.

DOA

Image
Selama ini aku tak yakin Ku jadikan ia sebagai ritual Sugguhpun niatku bukan begitu Aku mohon hari-hari Tangan aku tadah Ku susun jari-jemari rapat-rapat Agar ikhlasnya tidak terlepas Namun aku sendiri tidak nampak Di mana sang ikhlas Di mana sang hati yang meminta Jauh sangat rasa menunggu dia datang Tak kesian pada diriku ini? Langkahku makin longlai Bagai berjalan di atas lumpur Tiada tempat untuk berpaut Hanya bertongkatkan doa Untuk aku teruskan perjalanan Aku dah hilang semangat Aku dah tak mahu hidup Aku dah bosan dengan semua ini Apa aku buat ni? Apa aku nak buat? Apa aku harus buat? Dikala ini tongkat doa masih disisi Mungkin dia bertanya Mungkin dia menjerit Mungkin dia berharap... Gunakan..aku.. Gunakan.. aku.. Gunakan...aku..
AKU HANYA PELU BERLARI BILA DIKEJAR

Terowong Hitam

Hari-hari ku ulang semula Janji semalam ku ingkar lagi Sinar pelangi tercalar warnanya Jadi kelam hilang mentari Mengapa.. aku jadi rapuh Dalam hidup hendak ditempuh Ditempuhi dalam keadaan lumpuh Hilanglah kebahagian yang aku idamkan Musnah kerana nafsu ikutan Badan dah lemah Namun masih diikutkan lagi

Lagu senja

Terjagaku dari lena yang seketika Hari masih cerah Oh.. .jangan tinggalkan aku.. Izinkan aku seketika bersandar.. Menikmati norma kehidupan Mencerapi suara agas dan unggas Melayani deruan angin Seolah menyampaikan khabar Cerita yang jauh nun di sana Telah banyak aku berkorban Aku rasa.. Namun tak terbalas apa yang diberi.. Tak ternilai.. tak setanding.. Uh.. aku menarik nafas.. Pejamkan mata.. Apakah ada esok hari untuk ku Jawapan belum jumpa Persoalan makin membukit Tika ini aku bersyukur. . Kerana masih ditunjukkan jalan.. Allhmdulilah syukur. .

Kerinduan

Image
Kalaulah aku mengerti segala Akan maksud tersembunyi Yang terang lagi bersuluh Tak bisa ku genggam Apatah lagi yang tersirat segenap ceruk Seteguk air aku teguk Buat penghilang dahaga Sungguh air itu sifatnya mengalir Mudah dipengaruhi Mudah dibentuk Juga mudah dihalang dan dibenteng Aku sangat dahaga KasihMu.. Aku rinduMu.. Aku ingin kenalMu.. Kau yang sentiasa bersamaku.. Bila langit rindukan awan Sebagai teman bermain diangkasa Matahari setia memerhati Gelagat awan dan langit Akan tetapi awan harus pergi Beban yang dikandung tak tertanggung Juga kerana desakan sang angin Awan beransur pergi Tinggallah langit sendiri Lalu pesan matahari. . Janganlah bersedih  wahai teman.. Makammu tinggi sampai petala ke tujuh Padamu dipaut segala bintang dan galaksi Sungguh besar perananmu!!! Insan.. Janganlah engkau berduka Engkau sangat istimewa Janganlah pula keistimewamaan itu membunuhmu..

Entah

Aku tidak tahu Buat apa aku nak tahu Aku ingat aku dah tahu Aku tidak mahu tahu Biarla aku sahaja tahu Apa yang aku tidak tahu Nantilah aku ambil tahu Sampai ketika aku harus tahu Jika selamanya tak tahu Nanti sampai bila tak tahu Bila nanti aku sudah tahu Aku akan selamanya tahu Aku harap aku tahu Bila tiba masa aku tahu Untuk selamanya aku tahu Bila aku nak tahu??? Hahaha

Penaklukan

Diri yang dicari sudah dijumpai Rupanya ada tapi diambil alih Oleh unsur lain Rosak dibuatnya Aku ingat aku dah dapat Tapi belum dapat Akhirnya aku tahu Cara nak merampasnya kembali. Syukur Allahamdulilah.

Sang Puitis

Dari jauh nampak tenang Hidup bagaikan sang penghibur Dihati sedih tak siapa tahu Menanggung rindu yang teramat Mencari maksud tersembunyi Mencari hikmah aturanNya Apa sebenar yang hendak disampai Aku yakin tidak sia-sia Terasa diri tidak mengerti apa-apa Namun akau  percaya aku ada guna Aku perlu cari kelebihan Untuk memacu lebih jauh

Episod pertama perkenalan

Engkau yang diam bersembunyi Di dalam diri ku lekat bersemi Bermula usia hingga akhir usiaku Kau sangat dekat Jiwaku kau genggam erat Menjalar disetiap urat Memerhatiku setiap tingkah ku Jika ada peluang kau cepat bertindak Tak kira masa dan ketika Sungguh kau tak pernah letih Engkau juga tak pernah tua Kau ajakku ke lembah hina Kau kata ia syurga idaman Kau berjaya mengaburiku Katamu ku ikut satu persatu Bilamana kau dah mengusai fikiran Aku hilang pedoman Ku jadi kan kau sebagai tuan Ciss si nafsu durjana Aku telah mengenalimu.. Awas.. aku akan berwaspada.

Pencinta

Mengapa aku sering gagal dalam bercinta Belum sempat aku nikmati bahagia Cinta itu hilang sekelip mata Sesungguhnya aku tewas dengan dunia Zahir dan batinnya yang mempersona Buat aku lena dalam jaga Lalu aku lupakan yang mencipta Di hadapannya ku lakukan noda Ketika itu ku rasa Dia seakan tiada Ketika itu sang nafsu menjadi raja Lalu ku campakkan diriku rosak binasa Mujurlah ada secebis rasa Aku ingin beriman walaupun seketika Kerana aku masih ingin jadi hamba Bukan sahaja manusia semata-mata Ayuhlah diri semaikan cinta Moga mekar subur bunganya Harum semerbak wangian syurga Ku tahu dia akan layu tanpa ku pinta Namun apalah daya bagiku sang hamba Selagi ada penggantungan pada yang Esa Tautkan harapan dan doa Wahai diri jangan pernah serik bercinta..

Aku Sudah Bosan

Karenah kau buat aku tertekan Aku cuba bimbingmu ke jalan Kau elak lepaskan tangan Jalan aku kau kata tiada harapan Kata-kata mu bt ku terguris Dalam berjenaka kau ketawa sinis Setiap waktu hatiku kau hiris Merana aku seorang diri dalam sadis Kau kata kau ingin berubah Kau ajakku untuk mengubah Akhirnya kau sendiri yang rebah Belum sempat aku melatah Setiap masa kau kelam kabut Mengejar dunia bagai ribut Kau ingat dunia tiada tarikh luput? Seksaan di akhirat telah disebut Kadangkala kau bukan tak mahu Juga bukan kau tidak tahu Sudah banyak pesanan dari dulu Namun kau kata nanti dulu.. Apalah nasib wahai diri Sampai masa kau sendiri Sampai masa hujahmu tiada lagi Tuhan jua yang akan mengadili Jauh-jauh si padang rata Tidak kah kau sudah berada Walaupun belum tiba suasana Tetapi telah lama kau jejaknya Tiada kata nak diucap lagi Tiada maksud yang tersembunyi Semuanya jelas didalam diri Tinggal kau untuk mencari ~ ~ teruskan pencarian walaupun dan bosan~~ ...

Saat Bila ia Menghampiri

Sebelum ini, pernah aku terfikir apakah wujud suatu keadaan bila kita cuba menghampirinya, ia semakin jauh. Pelbagai tafsiran bermain diminda. Apakah ilmu? Semakin aku cuba belajar semakin aku rasa bodoh. Ataupun, adakah itu "diri" ? Bila ku rasa aku mampu mengawalnya, ku gengam erat dalam tangan, dia menuruti setiap langkahku dan aku jua tidak mengarahnya melebihi kemampuannya. Ya, sering kita dengar, motivasi untuk mengcungkil potensi. Sebenarnya, ia antara jalan untuk belajar mengenali diri. Namun, awas! Disaat dia berada dalam gengaman mu, jangan kau leka, jangan kau turut unsur-unsur dalam dan luar yang jahat yakni antaranya nafu dan bisikan syaitan. Jika kau terleka lalu ternoda, maka dia akan terlepas dalam gengamanmu. Umpama burung yang terlepas dalam sangkar kerana tidak dikunci dengan betul. Sekali ia terlepas, kau kejarlah dia.. Selagi kau hidup dan ingin berjaya dalam perjalanan hidupmu , wajarlah kau tidak mengalah, terus mencari dan mencari~~~ walaupu...

Kabus

Duhai diri Yang menunggangi kenderaan Kenderaan itu jasadmu Yang memandu jiwa Yang mengusai hati Yang memahami maksud Duhai diri Sungguhpun engkau sudah mengusai Setiap pelusuk zahir dan batinmu Andai kabus menyelubungi jalan Kemanakah nak dihala jasad ini Walaupun kenderaanmu jelas di jalan Duhai diri Sungguhpun engakau mempunyai cahya Sebagai alat suluhanmu menerangi jalan Manakah bisa menembusi kabus Tetapi.. Kau kenderaanmu terus bergerak.. Dari satu titik ke satu titik Disaat itu engkau tak nampak Apa yang kau sudah lalui Apa yang bakal dilalui Duhai Tuhan.. Aku tidak tahu apakah hikmah Disebalik kabus ini Sesungguhnya semoga diri tergolong Dari orang yang diuji Tanda kasih sayangMu Tetapi... diri yang hina ini memohon agar diterangi jalan dengan cahyaMu keluarkanlah aku dari kabus ini jelaskanlah aku tujuan jelaskanlah aku haluan jelaskanlah aku jalan Kerana diri dah tak keruan Dalam mengejar seruan Yang telah Engkau perintahkan.

Hafizuddin 01

Disaat aku tak tahu "gapo nok", Aku melihat jauh di dale diri, Ku lihat perjuangan semalam yang tersisa, Ku lihat ia hampir menjadi debu, Kering- kontang dan gersang, Selagi mana lilin harapan masih menyala, Selagi itu aku bisa hidupkan kembali, Puing-puing yang aku tinggalkan dulu

Kisah 4 batang lilin

Di keheningan subuh yang dingin Ku termenung bermuhasabah diri Mengenangkan nasib diri sendiri Apakah masih ada ruang untukku Mencium haruman kasturi Setelah berapa banyak noda ku lakukan Lalu terdetik di fikiran Satu cerita.. Kisah 4 batang lilin.. Alkisah.. di dalam sebuah bilik yang gelap; Keadaan amat sunyi sekali, Di atas meja, ada 4 batang lilin yang menyala, Keadaan amat sunyi hingga terdengar perbualan antara mereka, Lilin pertama; Untuk apa aku menyala lagi, manusia tidak pernah meggunakankan aku dengan baik, jesteru baik aku padam sahaja. Lalu lilin pertama pun memadamkan dirinya sendiri. Beliau adalah "perubahan" Manusia sering berazam, dan juga telah berubah lebih baik..tetapi perubahan itu sekejap sahaja dan tidak istiqamah. Lilin kedua; Tiba giliran lilin kedua berbicara, aku lebih berhak padam dahulu! Bentaknya.. tanpa berbicara lama, lalu ia pun memadamkan dirinya. Beliau adalah lilin "Iman". Manusia tidak berusaha menambahkan keiman...

Pencarian apa itu IKHLAS ?

Image
Sebuah filem yang mengisahkan seorang lelaki yang tercari-cari makna ikhlas. Di sepanjang pencarian itu, pelbagai ujian yang dihadapi yang membuatkan beliau sedar dan berfikir apa yang dihadapinya itu adalah ada kaitan tentang persoalan yang bermain dimindanya. Semoga diberi kefahaman untuk memahami maksud tersirat dalam filem ini yang kaya dengan nilai tasawuf dan sufi. Juga, terima kasih pada penerbit, seluruh anggota termasuk para pelakon kerana menjayakan filem atau jalan cerita seperti ini. INSYALLAH, cerita begini banyak memberi ruang kepada kita untuk berfikir jauh ke dalam pelusuk diri. Semoga terbuka minda dan gali lah rahsia disebalik penciptaanmu sebagai manusia. Sungguh, Allah tidak menciptakan sesuatu secara sia-sia. Dia lah Tuhan yang memiliki segala rahsia alam. Yang rahsia tetap rahsia..Selamat menonton dan berfikir. SUBHANALLAH.. ALLAHUAKHBAR.. https://www.youtube.com/watch?v=73NGOmAbkZ0 Himpunan filem-filem dan lagu-lagu yang mempunyai maksud tersir...

Tergelincir dari landasan

Image
Landasan yang ku bina selama ini Ku binanya dengan kudrat yang ada Ku bina dengan penuh harapan Agar ia tahan selama yang mampu Ku perkuatkan ia dengan jalinan yang utuh Ku perkemaskan ia dengan bahan yang kukuh Aku hampir yakin landasan ini akan kekal Kekal yang sementara selagi aku bernyawa Untuk aku guna sepanjang perjalananku Namun... Sampai suatu ketika.. Tanpa ku duga landasan ini roboh.. Aku tergelincir di tengah jalan Walaupun dalam ku sedar Aku dalam perhatianNya Saat itu seolah tiada upaya Untuk ku menahan untuk dari tergelincir Lalu terkulai layu sendiri tercampak ke curam Ke dalam lembah kemurkaan-Nya Sungguh manusia sering bernoda Tak kira waktu dan ketika Tak kira umur dan usia Tak kira secerdik dan sepandainya Tak kira sehebat amalannya Selagi pintu taubat masih dibuka Bersegeralah sujud memohon ampun-Nya Sebagai bukti kau masih bertuhan Jalanmu jalan nyata Bina kembali landsanmu Ibarat helang yang terbang ku lurah gunung Kekadang hampir ja...

Sunyi sepi sendiri

Kekadang diri ini sunyi kerana cuba lari dari arus dunia yang tak terkejar dibauatnya. Sedang yang lain terus mengejar tanpa menoleh ke belakang. Aku seharusnya begitu jua kerana untuk beramal aku perlu kan ilmu. Akan ku kejar ilmu sang pencipta ini dan jadikan ia satu azimat buatku mengenalNya lebih dekat.Aku ingin mengenalNya. Duhai sang Pencipta , jadikanlah aku tidak mensia-siakan masa hidupku untuk mengenalMu. Andai terleka dan terlalai aku dijalan yang ku lalui ini, Engkau pimpinlah aku, kerana tiadalah upaya kudratku melainkan bantuanMu jua ya Robbi. Andai aku masih lagha dan rungsing memikirkan materialistik yang Engkau campakkan padaku untuk mengujiku. Sedarilah aku ya ALLAH, wang dan harta kebendaan tidak mampu memandu ke syurga dan ia tidaklah bernilai pun melainkan bantuan Mu jua ya Rahman. Orang yang risau tentang hartanya kehabisan Orang yang risau tentang hartanya tak terurus Orang yang risau tentang hartanya diambil orang Jauhilah diri ini dari terlalu mengejar h...

Renungan Hikmat

Image
Aku terlena dalam berdiri Aku terkufur dalam mentaati Aku tersesat dalam ditunjuki Kerana persona dunia mengaburi Kerana persona dunia menutupi Kerana itu sekecil-kecil iman diuji Menduga hambaNya yang mengerti Sejauh mana keikhlasan dihati Sejauh mana kefahaman dipelajari Untuk membuka pintu terkunci Untuk diri melawan nafsi PadaMu jualah aku berserah diri Pada saat ini dan sesudah mati Pohonku agar terbuka pintu syurgawi Pada diriku yang hina ini.

Kosong

Kini baru aku sedari Apa itu kosong Bukan semata-mata kosong Kosong adalah segalanya Lihatlah dengan mata hati Kau berada dalam dzatNya Nafikan seketika Kini hanya tinggal kau dan Dia Itulah ehsan Sampai satu tahap Pisahkanlah antara mata hati Dengan mata nan nyata Barulah tersuluh dalam nyata Terbongkar tersurat Bayang tersirat.

Pencarian diteruskan

Aku mencari dan terus mencari Di segenap pelusuk tubuh Ke mana ku pandang Ku tahu Dia ada Kini ku tahu sifat dan hakikat Akhirnya hijab terbuka jua Yang mencari rupanya yang dicari Yang rahsia tetap rahsia.  Matahari (Ash-Shams):8-maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya Matahari (Ash-Shams):9- sesungguhnya beruntungla orang yang mensucikan jiwa itu Matahari (Ash-Shams):10 - dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.

Dia Yang Jauh

Semakin aku cuba menghampiri.. Semakin Dia menjauhi.. Hakitkatnya Dia tidak pernah jauh Kerana kelaianku buat aku rasa Dia jauh Aku cuba mencari maksud Aku cuba menggali Dan aku telah cuba pun Aku ingin mengerti Apa yang dimaksudkan Dia sebenarnya Sebenarnya dekat denganku. Kenapa tatkala aku ingin menghampiriNya Aku rasa Dia semakin menjauhiku Aku tak layak berkata begitu Kerana akulah punca Akulah punca yang membuatkan Dia berada jauh denganku Sesungguhnya Dia ada dalam diriku Akan ku terus aku mencoba Agar aku dapat rasakan Dia ada denganku.

Gelora di air

Image
Angin yg menghembus di permukaan air mengacau air yg mulanya tenang menjadi permukaan yg bergelora. Lalu membentuk satu kuasa daripada gelombang yg terhasil. Sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu dgn sia-sia. Soalnya sejauh manakah manusia mengambil ibrah akan setiap apa yg berlaku dan aplikasikan dalam kehidupan mereka seharian. Jika difikirkan akan permukaan air tadi boleh dianalogikan umpama manusia yg menjalar seluruh pelusuk bumi. Mereka tenang pada mulanya. Tetapi apakah ertinya kehidupan ini utk bersenang-lenang seperti itu. Dunia hanya nampak tenang dari sudut pandangan mata sahaja. Hakikatnya.. ianya bergelora.. yg mengoncang seluruh kehidupan manusia.. menghasilakan gelombang.. adakah manusia memanfaatkan gelombang itu? Ianya satu tenaga yg boleh digunakan utk kebaikan mahupun keburukan. Apa sebenarnya "gelora" yg dimaksudkan dalam kehidupan seharian kita ini? Ianya.. MASALAH yg mengacau jiwa-jiwa manusia  yg tenang. Masalah akan menjadikana manusia tidak tent...

Surah Ar-Ra'ad- ayat 17

Image
Perumpamaan kebenaran dan yang batil (yg tidak benar) seperti air hujan yg turun dari langit, lalu mengalir dalam sungai menjadi air bah; dipermukaan air kelihatan buih yang putih, berkilat nampaknya.Tetapi tidak berapa lamanya buih itu menjadi hilang lenyap dan tidak ada faedahnya sedikit pun, sedang air itu walaupun tidak putih warnanya, adalah berfaedah untuk mengairi sawah-sawah dan tanam-tanaman.Maka tinggallah ia di muka bumi, berguna utk manusia. Begitu pulalah kebenaran, tak ubahnya seperti air itu, tetaplah ia tinggal di muka bumi, berguna utk manusia umumnya. Tetapi yg batil itu, walaupun putih berkilat nampaknya, tidak berapa lama ia akan lenyap dan hilang dari muka bumi, tak ubahnya sebagai buih tadi.

Tiru Syaitan

Meniru sifat baik dari golongan jahat..  syaitan sentiasa menjalankan peranannya bila ada peluang.. jika kita berseorangan tidak tahu buat apa.. syaitan akan mudah menggunakan peluang keemasan ini. "Mereka" membisikkan kemaksiatan lalu jika iman dalam diri kita mudah rapuh bentengnya kita terjerumus dalam kancah kemaksiatan tanpa kita sedar. Sungguhpun Kita orang baik budi pekerti, tidak tinggal solat tapi dengan mudah dengan sengaja dengan kerelaan kita lakukan dosa. See! Syaitan dengan mudah mengambil peluang ini. Tatkala kita sedang tiada hala tuju. Jadi apa lah salah kita meniru modes operandi syaitan itu. Iaitu sentiasa bertindak jika peluang itu tiba. Sentiasa bersedia dan "grap the opportunity dont waste it". Tp utk diaplikasikan dalam hidup kita sbgai manusia yg berperanan sbgai hamba dan khalifah Allah perlulah sesuai . Hanya perkara tertentu saja patut di"consider" kan menthod ini. Dan semudahnya perkara-perkara yg baik. :-)

Tidur sang Pendosa

Lena kah tidur selepas melakukan dosa. Tidur dalam kemurkaan Allah. Sedangkan bila lakukan dosa kecil pun kamu sukar untuk tidur dengan lena apatah lagi bila kamu lakukan dosa-dosa besar dalam kehidupan seharian mu. Nah! Disitu ada tanda-tanda keimanan dalam dirinmu walaupun senipis kulit bawang atau lebih nipis dari itu. Kadangkala utk membuat sesuatu yg baik memerlukan paksaan tapi bila melakukan dosa itu adakah ia termasuk dalam paksaan terhadap dirinya sendiri? Sama sekali tidak. Ia kehendak kamu sendiri . Mana mungkin seseorang memaksa dirinya itu jatuh ke lembah kehinaan melainkan diri sendiri memilih untuk ke jalan itu. Agak sukar untuk difahami tapi inilah hakikat dalam kehidupan mu seharian duhai insan. Kalau gigitan nyamuk pn kau tidak tahan , apatah lagi seksaan kubur.

Sifat Manusia

Hari ini adalah sama macam hari hari sebelum ini. Setiap manusia menjalani hari-harinya seperti biasa. Ada yg hari nya sama macam semalam, lebih baik drpd semalam atau lebih teruk dari semalam. Bagi diriku, hari ku hari ini yg bertarikh 21/7/2014 adalah sama sahaja macam semalam dan sebelum ini. Ya! Terdapat beberapa pembaharuan yg aku buat pada sesi semester baru ini..Aku sekarang berada di tahun 3, Ijazah Kejuruteraan Mekanikal. Namun, disebalik cita-cita yg melambung tinggi, aku buntu dalam mencari kemahuan diriku sebenarnya. Biasanya, perasaan ini hadir bila aku sendirian sambil memikirkan masa depan ku. Juga, perasaan ini timbul bila mana aku malas nk mengulang kaji pelajaran atau buat "assignment" .Hee.. teruknya la eh.. apa nak jadi wahai diri.. Cakap nk ubah negara.. nk ubah diri sendiri pun tersungkur bak teratai layu di tasik.madu. (ntah peribahasa ni betul x). Lalu, sempena hari Jummat, penghulu segala hari ini..Aku perlu bertekar tak akan membiarkan diriku hanyut ...

Anai-anai vs Kelkatu

Assalmualaikum.. selamat pagi semua .. sekadar tazkirah pagi, mudah-mudahan lahirlah rasa bersyukur dan keinsafan dipagi yg berbahagia ini. Insyallah sama-sama kita berkongsi ilmu yg cetek ini. Baru-baru ini ana terbaca tentang Istidraj iaitu nikmat yg ALLAH kurniakan kpd kita tanpa diredhai-Nya. Subhanallah, selama ini kita mengecapi nikmat yg ALLAH bagi dan merasakan ALLAH sgt sayang kpd kita walaupun kita sering kali melangga perintah ALLAH. Kita tahu sebenarnya itu istidraj. ALLAH bagi juga nikmat itu kpd kita tanpa diredhai-Nya. Mengambil pengajaran kisah-kisah terdahulu, Qarun seorang hartwan yg amat kaya tiada tandingan pada zamannya. Kunci gudang hartanya sahaja memerlukan 40 ekor unta utk memikulnya. Bayangkan nikmat kekayaan yg ALLAH bagi kpdnya padahal dia kufur kpd ALLAH. Akhirnya dia telah tenggelam dgn hartanya. Ramai org tahu "harta qarun", tp tidak mengambil pengajaran dari kisah ini. Begitulah juga kiasah-kisah firaun dan juga Raja Namrud, semua telah bin...

Mencari Tuhan sebenar

Sesungguhnya tak terdaya bagi diriku memikirkan kekuasaan ALLAH SWT. Aku tidak mengerti mengapa ada manusia masih menyangkal kewujudan ALLAH. Ya.. ramai orang di dunia ini percaya tentang kekuasaan satu kuasa disebalik ciptaan dunia serba indah ini. Mustahil bumi dan alam semesta ini terjadi dengan sendirinya. Mustahil! Tetapi, persoalan dalam pencariaan ada diantara kita mejumpai kepercayaan yang agak karut sehingga tanpa dia sendiri sedari dia telah menjerumuskan dirinya ke lembah kesesatan yang nyata tapi dia sendiri tidak mengetahui. Agama ISLAM mengajak manusia mengenali tuhan sebenar. Banyak bukti ajaran yang dibawakan oleh nabi Muhammad ini benar dari agama lain bahkan agama Islam ini menjadi pelengkap kepada ajaran atau agama yang dibawakan oleh nabi terdahulu. Salah satu bukti yang nyata adalah kebenaran risalah yakni AL-QURAN itu sendiri. Ramai golongan yang sebelum ini kufur iaitu orang yang tidak Islam, apabila mereaka membelek helaian Al-Quran dan mengkajinya, mereka akan...