Kerinduan
Kalaulah aku mengerti segala
Akan maksud tersembunyi
Yang terang lagi bersuluh
Tak bisa ku genggam
Apatah lagi yang tersirat segenap ceruk
Seteguk air aku teguk
Buat penghilang dahaga
Sungguh air itu sifatnya mengalir
Mudah dipengaruhi
Mudah dibentuk
Juga mudah dihalang dan dibenteng
Aku sangat dahaga
KasihMu..
Aku rinduMu..
Aku ingin kenalMu..
Kau yang sentiasa bersamaku..
Bila langit rindukan awan
Sebagai teman bermain diangkasa
Matahari setia memerhati
Gelagat awan dan langit
Akan tetapi awan harus pergi
Beban yang dikandung tak tertanggung
Juga kerana desakan sang angin
Awan beransur pergi
Tinggallah langit sendiri
Lalu pesan matahari. .
Janganlah bersedih wahai teman..
Makammu tinggi sampai petala ke tujuh
Padamu dipaut segala bintang dan galaksi
Sungguh besar perananmu!!!
Insan..
Janganlah engkau berduka
Engkau sangat istimewa
Janganlah pula keistimewamaan itu membunuhmu..
Comments
Post a Comment