Posts

Showing posts from 2015

Idaman Jiwa

Dalam jiwa ini Ada satu tempat Yang sukar utk diterokai Bagai menempuhi perjalanan Yang amat jauh Dari jauh.. Nampak sangat indah.. Cahayanya.. Hembusan anginnya.. Aduh.. nyaman sekali. kendengaran bunyian .. Sunguh menenangkan halwa.. Asyik.. Kapankah aku untuk sampai Disana.. sudah jauh aku berjalan Kadang-kadang aku berlari Aku amat cemburi dan marah Bila tempat itu dicerobohi Nyata tempat itu milikku! Mereka memporak perandakan Tempat itu! Mencemari kesuciannya. Aku memohon.. Agar dipercepatkan perjalananku Aku sudah tidak kenal Apa itu penat dan lelah Apa saja amalan Yang bisa mempercepatkan langkahku Aku sanggup menuntutnya! Aku..amat tidak sabar untuk sampai Mungkin itulah yang aku cari Selama hidup ku ini..

Teman Derhaka

Tiada daya melawanya Dia terlalu kuat dayanya Memaksa terus memaksa Menggoda terus menggoda Dapat aku rasa Dia datang dan kembali Meniup bisikan beracun Mengheret ke lembah durjana Pergilah pergilah.. Jangan kembali Apakah amalanku tak cukup Untuk menghambatnya?

Aku ingin bertemu Dia

Aku ingin terbang Melewati angkasa Tinggalkan semua Untuk ketemu Dia Izinkan aku melihat Semahu aku suka Izinkan aku menikmati Indahnya alam ini Izinkan aku melayari Angin yang berlalu Sampaikan rindu padaNya Memuji segala kebesaran Izinkan aku keluar Dari ikatan ini Bebas dari pasakan Bebas dari tuntutan Hingga hanya tinggal Aku dan Dia....... .. . .

Cinta Hitam

Ku intai cinta dalam rahsia Berbisik di dasar hati Bertanyakan pada diri Tentang rahsia cinta

Episod 2: Perpisahan

Lalu sebagai meneruskan perjalanan yang semuanya telah tertulis di Luh Mahfuz, aku diperjalankan ke dunia yang aku rasakan amat jauh dari kampung asalku. Aku tidak berdaya untuk pulang sebelum waktu yang ditetapkan oleh Tuhan. Melalui frasa peralihan penciptaan yang amat indah. Di dunia ini, aku dibekalkan rumah persinggahan yang melindungi dan aku diberi kuasa dalam urusan pentadbirannya dengan izin-Nya jua. Rumah ini aku kenderai kemana sahaja mengikut kemahuanku. Kadang-kadang terasa diri ini tidak lagi bertuhan, kerana aku mampu sahaja berbuat apa sahaja. Aku mampu sahaja melaksanakan segala kemahuan dan keinginanku. Walaupun, aku sedar kadangkala perbuatanku tidak sepatutnya aku lakukan kerana nyata ia berdosa dan ditegah oleh Tuhan. Di tempat yang baru ini juga, wujud satu keinginan yang amat memberontak dan mensesakkan jiwa-jiwa yang sebelum ini tenang sahaja menuruti perintah Tuhan. Keinginan ini menuntut untuk dipatuhi. Aku selalu menurutinya sehingga keinginan itu menga...

Episod 1: Penganugerahan

Aku dicipta dan dipanggil untuk melafaz janji. Ketika itu, tiada daya untukku untuk membantah dan menolak kesaksian, lalu segala lafaz penerimaan diucapkan. Sungguh, amanah ini amatlah berat dan aku merasa bimbang aku manjadi insan yang alpa dan akan melupai lafaz ikrar ini. Di medan yang amat indah ini, segala bukti kekuasaan terhidang di depan mata, mustahil bagiku untuk ingkar. Tetapi, bagaimana pula bila aku keluar dari tempat ini nanti? Terunduk dan tertanya pada diriku sendiri. Namun, siapalah diri ini untuk mengingkari aturan yang telah ditetapkan ini. Semoga segala rahmat tercurah dengan segala kasih sayang Tuhan. Di sana, sekalian ciptaan tunduk pada yang Esa. Tidak ada sebesar zarah pun kekufuran. Sekalian akur akan segala perintah. Mentaati perintah bukanlah sebagai bebanan bagi kami bahkan rahmat bagi kami tanda makluk yang bersyukur dan diberi peluang untuk hidup. Kami yang dulu yang asalnya tiada, kini ada. Kami yang dulu asalnya tiada mula, kini telah bermula dan aka...

Rebah

Lemah rasa batang tubuh ini Menanti rebah  Tak bermaya Mengapa tidak ditolong Sudah dirayu Minta kasihan belas Mengapa tidak dibelas kasihan? Atau aku kah yang buta Aku kah yang tidak melihat Atau aku kah yang tidak sabar Mana dia ranting jalan Hendak ku tuju? Tidak berguna sangatkah  Batang tubuh ini? Orang-orang melihatnya dengan sinis Menghitung segala kelemahan Tidak sedia untuk serahan tugas Penat diri mencuba Ingin sekali berpaling dari maju langkah Tak cukupkah segala rayuan? Ah? Aku selamanya salah! Jadi mana betulnya? Ya.. sabar ...........ada tu nanti.

Semalam ku ternoda..

Image

Redha

Redha dengan Allah Apa yang diberi

Hidup

Dalam hidup Tiada yang datang Dengan percuma Sungguhpun Ada keinginan Ada minat Mustahil direalisasikan Tanpa usaha Usaha yang gigih Usaha yang gigih Usaha yang gigih

Dimana Keinginan untuk hidup?

Ruang Kosong

Seharusnya setiap ruang Mesti diisi untuk mengingatiNya Jika tidak Syaitan akan memasukinya Tuhan tidak layak ditempatkan Kerana Dia wujud tanpa tempat Namun dalam diriMu ada Dia! Engakau yang kekadang tidak sedar Tidak endahkan!

Memburu Cita

Aku melangkah meninggakan tempat asal hanya satu tujuan yang jitu. Aku ingin mencari kebahagiaan dan memberi kebahagiaan kepada orang-orang yang kusayang. Terkadang terasa getirnya untuk mencari kebahagiaan kerna diri sendiri pun sering sengsara. Kata alim ulama, kebahagiaan itu datang dari banyak cara. Ada yang menyangka uang itu membahagiakan mereka. Bahkan ada yang yakin, uang itu punca segala kebahagiaan. Hakikat insan yang inginkan kesenangan hidup, kemasyuran dan segala bentuk kemewahan. Aku buntu dalam mencari kepuasan hidup. Apakah ia kebahagiaan hakiki? Ahli tarekat dan sufi mengajarkan carilah kebahagiaan hakiki dalam diri sendiri. Sedang aku jumpa hanya satu badan yang bernyawa. Lapar sentiasa. Perlu disuap  dan dicari rezki untuknya.

Taut

Kenyakinan itu hendaklah ditautkan kepada Allah semata-mata biarpun sekecil zahrah. Allah jua melancarkan pertuturan Dari awalan hingga ke akhiran Hilang bahasaku.. Hanya kepada Allah... Hanya kepada Allah.. Hanya kepada Allah.. Ampunilah aku ya Allah..

Pasrah

Aku ke sini lagi Mencari jawapan yang tiada Aku bukan aku Diriku bukan milikku Aku cari nurani Kutemui jiwa Aku cari hati Ku temui suara Suara yang mengigil Minta dilepaskan Dari bebanan yang ditimpa Tiada daya untuk aku menolongnya.. Pasrah.. Berserah.. Aku perlukan Dia.

Kejora Galaksi

Kamar yang berpintu awan Kian terbuka Bayu mendesak Awan untuk berlalu Membuka tabir Sekian penghuni langit Mereka menuntut untuk diamati Mereka medan untuk mengintai Terlalu banyak misteri untuk dirungkai Namun apa perlu dibongkargali Jika hanya diletak tepi? Hadamilah

Tahniah buatnya!

Tahniah! Kini hampir seluruh jasadku milikmu

Hati yang sedang rindu

Tika bulan ditutup awan Hilanglah cahaya malam Keadaan aku yang kelam Hanya merasa deruan angin Menghempas pipi Dikala malam yang amat pekat Kesunyian.. Hati yang amat merindui.. SinarNya.. Sungguh.. Aku tidak ingin menidakkan apa yang diajarkan.. Walaupun tidak nampak kebenaran Kerana aku perlu beriman dengan perkara ghaib.. Allahurobbi

Kau Tunjuklah

Tuhan.. Tunjukkanlah cahaya disebalik Kegelapan yang ada di muka bumi ini. Tuhan.. Tunjukkanlah aku hikmah disebalik, Kesemaran yang kau hamparkan di hadapanku.

Selubung Malam

Sewaktu aku berselubung dalam kegelapan, Ku lihat ada kerdipan, Aku cuba menangkapnya, Lalu ia hilang, Aku mengejarnya, Menggunakan sakti yang ada, Kurnia Tuhan yang tak ternilai, Namun pandangan itu hilang, Kabur... Aku tak nampak diriku sendiri, Bahkan cahaya itu, Ah.. Aku penat.. Hayunan makin longlai, Perlahan.. Dan ia semakin menjauh.. Tiada meninggalkan jejak, Ku perhatikan dari jauh, Renungan sang kerdil, Ku hanya debu bisa melayang ditiup angin, Oh angin bawakan aku berjumpa dengannya..

Penghayatan Alam

Image
Tiba masanya untuk berfikir Sungguhpun di luar kemampuan Tiba masanya untuk mengkaji Sungguhpun di luar kemampuan Kerana ilmu Allah itu luas Belajarlah  Selamilah seadanya Jangan berhenti

Dari Raja kepada Hamba

Sang Arjunatapa seorang raja di sebuah kerajaan melayu silam yang terletak disebuah kawasan pendalaman semenanjung Tanah Melayu. Sang Arjunatapa adalah Putera Mahkota bagi kerajaan yang diberi Nilampuri. Ayahnya adalah Raja Sangkuria adalah pemerintah kerajaan Nilampuri dan jajahan takluknya.Mereka tiada kepercayaan khusus berbanding kerajaan-kerajaan lain yang beragama Hinddu dan Buddha. Sekalian rakyatnya banyak mengamalkan ajaran nenek moyang dan mempercayai banyak amalam tahyul. Namun demikian, sekalian rakyat hidup dengan aman damai oleh pemerintahan sang raja berdua tersebut. Kebanyakkan rakyat berkerja bercucuk tanam dan menternak binatang. Kerajaan Nilampuri jauh dari pesisir pantai namun ini tidak menghalang urusan pemerdagangan dan juga jalinan hubungan dengan kerajaan luar. Sungai dan denai yang digunakan sebaiknya sebagai jalan utama. Sedemikian makmurnya kerajaan ini, tidak begitu menggembirankan hati dan benak rakyat dan pemerintahnya terutama si Putera Mahkota Sang Arjun...

Semboyan diri

Duhai diri Sering kali kau rasa dipenjara Padahal kau bebas melata Duhai diri Sering kali kau rasa bebas Padahal kau terikat pada satu Duhai diri Sering kau kali kau rasa dahaga Padahal selautan kasihNya Duhai diri Sering kali kau rasa jauh Padahal tiada istilah itu denganNya Duhai diri  Sering kali kau rasa sunyi Padahal mustahil bagimu sendiri Duhai diri Sering kali kau putus harapan Padahal harapan itu tetap ada Duhai diri  Kau bijak merencana Mustahil terlaksana Melain kehendakNya Duhai diri Tegaklah berdiri Walau berpijak di atas duri Walau beratap panas mentari Walau halangan kanan dan kiri Kerana janji itu amatlah pasti Semboyan sudah lama berbunyi Berggerak dengan sekuat hati Musuh paling utama dalam dirimu sendiri.

Air Mata Dalam Tidur

Dalam kepekatan malam Aku labuhkan jasadku di pembaringan Niat untuk berehat seketika Untuk menyambung perjalanan esok Ku labuhkan tirai mataku  Hanyalah gelap sebagai teman Namun benakku masih ligat berfikir Qalbuku masih riang meronta-ronta Umpama mematikan enjin jentera Masih tersimpan tenaga  Sebelum ia benar-benar berhenti Memori hari ini terbayang-bayang di mataku, Hatiku pula memutarkan kisah-kisah hari ini, Segala percakapanku sendiri terulang-ulang dalam bahasa jiwa, Biarpun diam bisu, Namun gemanya masih terasa, Dalam jasad yang berbaring ini, Tidak semena-mena ku rasa sayu dan ingin menangis, Sungguhpun mataku masih terpejam, Dan aku tidak ketahui mengapa air mataku ingin keluar dari tempatnya, Allah, Sesungguhnya aku tidak betul-betul menyedari kehadiranMu dalam setiap perkara yang aku alami dan aku buat. Maafka aku ya Robbi. Aku bersyukur aku masih boleh menyesal dan aku akhiri hari ini dengan tangisan dalam lena hanya untukMu.

Embum Pagi

Ku rindukan titisan embum pagi Nan suci dan bersih Membasahi hatiku Membersih segala kotorannya Menyucikannya seperti sedia kala Ku rindukan sinaran pagi hari Nan bersinar dan ceria Menyinari qalbuku Menerangi lorong yang gelap Menyerapi seluruh cahyanya Menyuluh ke teras paling dalam Ku rindukan mimpi yang indah Alam mimpi yang menggembirakan Jauh dari khayalan alam nyata Memberi harapan untuk ku bangkit Dari gelap untuk kembali bersinar 

Jauh

Apakah takdir mimpi ini Satu sudah di tangan Bila dua terlepas Satu sudah di tangan Bila dua terlepas lagi Ke manakah arah ini Ke kanan atau ke kiri Ke hadapan atau ke belakang Atau tak ke mana-mana Jauh nya ku rasa Bila nak sampai Sudah lama aku meratap Mengenangkan nasib diri Letih aku memerah keringat Menjaga empangan Yang dalamnya ada air Sentiasa mendesak Melimpah dan terus melimpah Kuat kah benteng aku bina ini Untuk menghalangnya? Kemanakah tujuan ku Seraksa cairan telah ku panaskan Ku curah ke leluhurku Biar aku seksanya Sebelum aku disiksa Adakah benar perbuatanku ini Adakah ini lagu orang-orang yang kecewa Adakah ini lagu orang-orang tiada asa Berat untuk aku mengakui hakikatnya Aku perlu bangun dan bangun lagi Sesekali perlu duduk Namun tetap terus cuba dan cuba lagi Aku tak perlu tunggu Kerana dia tak akan datang Aku perlu mengejarinya.

Kalam Hikmah

Tajuk : Kalam Hikmah Penulis : Hafizuddin Mustapa “Din!”  Farid memanggil namaku dari jauh. “Tak pergi rehat ke?” ,tanya si Farid, rakan pejabatku. “Dok kot, mu gi dulu la, aku bowok bekal hari ni”,lalu dia melulu ke pintu keluar dengan rakan-rakan yang lain. Begitulah gelagat rakanku, soalan sama ditanya setiap hari, walaupun dia sudah tahu jawapanku. Tetapi, manalah tahu suatu hari aku terlupa bawa bekal kan? Ada logik juga perbuatan Farid tu. Masih kenyang rasanya. Kata suara hatiku sambil memandang bekal yang dibuat isteriku di atas meja. Lalu kubuka laci meja kerjaku dan mencapai buku kesayanganku iaitu sebuah diari usang tetapi menyimpan seribu cerita tentang perjalanan hidupku suatu ketika dulu. Sudah menjadi kebiasaanku, pada waktu-waktu rehat begini, aku suka membelek-belek helaian diari lamaku. Kata orang, belajarlah dari semalam dan peristiwa yang semalam akan berulang dan berulang tanpa kita sedari. Itulah resam dunia. Mungkin suatu peristiwa itu berbeza tap...

Apa yang mengembirakan aku dalam dunia ini?

Aku terasa amat sunyi Bagai tiada siapa menemani Aku tiada apa keistimewaan Buat aku jauh dari kawan Aku cuba mendekati mereka Terubat sepi seketika Namun apabila keriangan itu hilang Tinggallah aku seorang Maka sunyi itu datang lagi Ditambah pula dengan rasa sepi Kerna itu aku memlilih untuk menyendiri Melayani rasa dalam diri Temanku roh yang meresapi Berbicara dengannya yang setia menemani Mengenalinya yang ada sejak azali Dari mulanya aku dan dia digauli Maka timbul persoalan Ckupkah dia sebagai teman Bagaimana dengan alam sekeliling? Sedangkan manusia diutus mentadbir alam Ya Tuhan.. Aku rindu pada-Mu Ckuplah engkau menemaniku Tunjukkahlah aku jalan Ketika aku sesat jalan Berikanlah keupayaan kepadaku Untuk merenangi lautan kasihMu Walaupun pada hakikatnya Aku tidak pandai berenang Tempatkanlah aku di tempat yang mulia Walaupun pada hakikatnya Aku tidak layak untuknya Dengan limpahan kasih dan sayangMu Ubatilah rasa rinduku Ubatilah rasa sunyi sep...

Burung Pipit

Tersebut kisah dahulu kala, Seekor burung pipit berterbangan, Menanggung bebanan air, Untuk memadam api, Api yang membakar Ibrahim, Ditanya mengapa kamu berpenat lelah, Sedangkan usahamu terlalu kerdil, Jauh sekali untuk memadam api itu, Maka dijawabnya, Aku tidak sanggup dipersoal, Apa yang aku lakukan untuk Islam, Tuhan tak mempersoal samada aku berjaya atau tidak, Tetapi samada aku buat atau tidak, Sungguh usahaku kecil, Tetapi ini sahaja kudratku, Sungguh, Tuhan tidak membebani aku, Diluar kemampuan fizik aku, Bahkan kemampuan batin aku, Ada orang yang berusaha, Ada orang yang diam sahaja, Ada orang yang menyucikannya, Ada orang yang mengotorinya, Pilihan...

Warna

Bagaimana mungkin makluk itu kekal warnanya. Apa itu warna? Sedangkan bila tiada cahaya, Gelap semuanya, Mana warna yang menarik tadi? Rupanya ianya berwarna bila ada cahaya. Jadi cahaya itu warna apa? Kuning? Putih? Atau cahaya tidak berwarna? Cahaya matahari dari api Api itu kuning kemerahan Tiada matahari Maka gelaplah dunia Tiada warna-warni yang menghiasi dunia

Akal

Manusia diberi akal Haiwan tiada Tumbuhan tiada Haiwan dan tumbuhan tidak menginkari perintah Allah Sedang ramai manusia ingkar Adakah akal itu ujian? Kerana amanah yang diberi jauh lebih besar dari haiwan dan tumbuhan, Manusia diperhitung amal baktinya, Sedang haiwan dan tumbuhan tidak. Ha Ha Ha

Bila Jejari berlari

Sampai bila aku memaksa diriku lakukan benda yang aku tak suka. Tiada keinginan untuk lakukan sesuatu walaupun nyata ia amat baik untukku.  Setiap hari hidup dalam terpaksa. Hilang arah dan tujuan. Sengaja membazirkan masa dan waktu. Masih tercari-cari kepuasan diri. Baik aku mati sahaja.;; Adakah aku lakukan sahaja walaupun tanpa kerelaan???