Jauh
Apakah takdir mimpi ini
Satu sudah di tangan
Bila dua terlepas
Satu sudah di tangan
Bila dua terlepas lagi
Ke manakah arah ini
Ke kanan atau ke kiri
Ke hadapan atau ke belakang
Atau tak ke mana-mana
Jauh nya ku rasa
Bila nak sampai
Sudah lama aku meratap
Mengenangkan nasib diri
Letih aku memerah keringat
Menjaga empangan
Yang dalamnya ada air
Sentiasa mendesak
Melimpah dan terus melimpah
Kuat kah benteng aku bina ini
Untuk menghalangnya?
Kemanakah tujuan ku
Seraksa cairan telah ku panaskan
Ku curah ke leluhurku
Biar aku seksanya
Sebelum aku disiksa
Adakah benar perbuatanku ini
Adakah ini lagu orang-orang yang kecewa
Adakah ini lagu orang-orang tiada asa
Berat untuk aku mengakui hakikatnya
Aku perlu bangun dan bangun lagi
Sesekali perlu duduk
Namun tetap terus cuba dan cuba lagi
Aku tak perlu tunggu
Kerana dia tak akan datang
Aku perlu mengejarinya.
Comments
Post a Comment