Dari Raja kepada Hamba

Sang Arjunatapa seorang raja di sebuah kerajaan melayu silam yang terletak disebuah kawasan pendalaman semenanjung Tanah Melayu.

Sang Arjunatapa adalah Putera Mahkota bagi kerajaan yang diberi Nilampuri. Ayahnya adalah Raja Sangkuria adalah pemerintah kerajaan Nilampuri dan jajahan takluknya.Mereka tiada kepercayaan khusus berbanding kerajaan-kerajaan lain yang beragama Hinddu dan Buddha. Sekalian rakyatnya banyak mengamalkan ajaran nenek moyang dan mempercayai banyak amalam tahyul.

Namun demikian, sekalian rakyat hidup dengan aman damai oleh pemerintahan sang raja berdua tersebut. Kebanyakkan rakyat berkerja bercucuk tanam dan menternak binatang. Kerajaan Nilampuri jauh dari pesisir pantai namun ini tidak menghalang urusan pemerdagangan dan juga jalinan hubungan dengan kerajaan luar. Sungai dan denai yang digunakan sebaiknya sebagai jalan utama.

Sedemikian makmurnya kerajaan ini, tidak begitu menggembirankan hati dan benak rakyat dan pemerintahnya terutama si Putera Mahkota Sang Arjunatapa.Dari kecil tiada unsur ketuhanan diterapkan dalam dirinya hanya pendidikan berasaskan hal-hal pentadbiran negara semata-mata.
Menjadi tanda tanya pada dirinya apakah alam ini tercipta dengan sendirinya?
Saban tahun ada sahaja kematian, apakah akan jadi pada si mati itu?

Kerap kali pertanyaan itu bermain dimindanya. Adakala dia mengadu pada ayahnya, namun tidak diendahkan pertanyaan itu. Dia berasa amat sunyi ,tambahan pula tiada adik beradik untuk mengadu dan bondanya juga telah meninggal dunia kerana gering. Tinggallah dia dalam istana yang tersergam indah bersama ayahandanya.

Hari demi hari Raja Arjunatapa meningkat dewasa dan saban hari dia menjalani rutin yang sama. Melihat pergerakkan rakyatnya disudut istana dan mengikuti ayahandanya bertemu pembesar-pembesar negara.

Rasa kosong dalam dirinya tidak dapat dibendung lagi. Melihat keadaan itu, ayahandanya menyuruhnya untuk mencari pasangan hidup. Raja Arjunatapa mendapat satu akal. Dia memohon kebenaran dari ayahandanya mengembara untuk mencari pasangan hidup. Melihat kesungguhan anakandanya itu, Raja Sangkuria tidak sampai hati mengecewakannya, tambahan pula Raja Arjunatapa adalaha anak tunggal. Maka diizinkannya dengan bersyarat, anakandanya itu disuruh kembali ke istana setelah 3 purnama mengembara.

Bermula Pengembaraan

Kelakian, bermulalah pengembaraan Raja  Arjunatapa meredah pelusuk hutan rimba yang tebal. Seolah perjalanan jiwa dan rohaninya yang pertama. Beliau terpukau dengan 



Comments

Popular posts from this blog

Kerinduan

Pencarian diteruskan

Tuhan...