Semboyan diri

Duhai diri
Sering kali kau rasa dipenjara
Padahal kau bebas melata

Duhai diri
Sering kali kau rasa bebas
Padahal kau terikat pada satu

Duhai diri
Sering kau kali kau rasa dahaga
Padahal selautan kasihNya

Duhai diri
Sering kali kau rasa jauh
Padahal tiada istilah itu denganNya

Duhai diri 
Sering kali kau rasa sunyi
Padahal mustahil bagimu sendiri

Duhai diri
Sering kali kau putus harapan
Padahal harapan itu tetap ada

Duhai diri 
Kau bijak merencana
Mustahil terlaksana
Melain kehendakNya

Duhai diri
Tegaklah berdiri
Walau berpijak di atas duri
Walau beratap panas mentari
Walau halangan kanan dan kiri
Kerana janji itu amatlah pasti
Semboyan sudah lama berbunyi
Berggerak dengan sekuat hati
Musuh paling utama dalam dirimu sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Kerinduan

Pencarian diteruskan

Tuhan...