Lagu senja
Terjagaku dari lena yang seketika
Hari masih cerah
Oh.. .jangan tinggalkan aku..
Izinkan aku seketika bersandar..
Menikmati norma kehidupan
Mencerapi suara agas dan unggas
Melayani deruan angin
Seolah menyampaikan khabar
Cerita yang jauh nun di sana
Telah banyak aku berkorban
Aku rasa..
Namun tak terbalas apa yang diberi..
Tak ternilai.. tak setanding..
Uh.. aku menarik nafas..
Pejamkan mata..
Apakah ada esok hari untuk ku
Jawapan belum jumpa
Persoalan makin membukit
Tika ini aku bersyukur. .
Kerana masih ditunjukkan jalan..
Allhmdulilah syukur. .
Comments
Post a Comment