Terowong Hitam
Hari-hari ku ulang semula
Janji semalam ku ingkar lagi
Sinar pelangi tercalar warnanya
Jadi kelam hilang mentari
Mengapa.. aku jadi rapuh
Dalam hidup hendak ditempuh
Ditempuhi dalam keadaan lumpuh
Hilanglah kebahagian yang aku idamkan
Musnah kerana nafsu ikutan
Badan dah lemah
Namun masih diikutkan lagi
Comments
Post a Comment