Saat Bila ia Menghampiri
Sebelum ini, pernah aku terfikir apakah wujud suatu keadaan bila kita cuba menghampirinya, ia semakin jauh.
Pelbagai tafsiran bermain diminda.
Apakah ilmu? Semakin aku cuba belajar semakin aku rasa bodoh.
Ataupun, adakah itu "diri" ?
Bila ku rasa aku mampu mengawalnya,
ku gengam erat dalam tangan,
dia menuruti setiap langkahku dan aku jua tidak mengarahnya melebihi kemampuannya. Ya, sering kita dengar, motivasi untuk mengcungkil potensi.
Sebenarnya, ia antara jalan untuk belajar mengenali diri.
Namun, awas! Disaat dia berada dalam gengaman mu, jangan kau leka, jangan kau turut unsur-unsur dalam dan luar yang jahat yakni antaranya nafu dan bisikan syaitan. Jika kau terleka lalu ternoda, maka dia akan terlepas dalam gengamanmu. Umpama burung yang terlepas dalam sangkar kerana tidak dikunci dengan betul.
Sekali ia terlepas, kau kejarlah dia..
Selagi kau hidup dan ingin berjaya dalam perjalanan hidupmu , wajarlah kau tidak mengalah, terus mencari dan mencari~~~
walaupun sudah ketemui.
Hanya aku sahaja paham apa yang ku nukilkan ini melainkan orang yang membacanya juga si pemburu intipati diri yang tersembunyi di dalam tabir yang paling dalam.
Allah .. Allah.. Allah..
Tujuanku..
KepadaMu jua ku berserah diri dengan seluruhnya yang ku ada..
DaripadaMu jua..
ALLAHUAKHBAR. .
Comments
Post a Comment