Kabus
Duhai diri
Yang menunggangi kenderaan
Kenderaan itu jasadmu
Yang memandu jiwa
Yang mengusai hati
Yang memahami maksud
Duhai diri
Sungguhpun engkau sudah mengusai
Setiap pelusuk zahir dan batinmu
Andai kabus menyelubungi jalan
Kemanakah nak dihala jasad ini
Walaupun kenderaanmu jelas di jalan
Duhai diri
Sungguhpun engakau mempunyai cahya
Sebagai alat suluhanmu menerangi jalan
Manakah bisa menembusi kabus
Tetapi..
Kau kenderaanmu terus bergerak..
Dari satu titik ke satu titik
Disaat itu engkau tak nampak
Apa yang kau sudah lalui
Apa yang bakal dilalui
Duhai Tuhan..
Aku tidak tahu apakah hikmah
Disebalik kabus ini
Sesungguhnya semoga diri tergolong
Dari orang yang diuji
Tanda kasih sayangMu
Tetapi...
diri yang hina ini memohon
agar diterangi jalan dengan cahyaMu
keluarkanlah aku dari kabus ini
jelaskanlah aku tujuan
jelaskanlah aku haluan
jelaskanlah aku jalan
Kerana diri dah tak keruan
Dalam mengejar seruan
Yang telah Engkau perintahkan.
Comments
Post a Comment