Mencari Tuhan sebenar
Sesungguhnya tak terdaya bagi diriku memikirkan kekuasaan ALLAH SWT. Aku tidak mengerti mengapa ada manusia masih menyangkal kewujudan ALLAH. Ya.. ramai orang di dunia ini percaya tentang kekuasaan satu kuasa disebalik ciptaan dunia serba indah ini. Mustahil bumi dan alam semesta ini terjadi dengan sendirinya. Mustahil! Tetapi, persoalan dalam pencariaan ada diantara kita mejumpai kepercayaan yang agak karut sehingga tanpa dia sendiri sedari dia telah menjerumuskan dirinya ke lembah kesesatan yang nyata tapi dia sendiri tidak mengetahui. Agama ISLAM mengajak manusia mengenali tuhan sebenar. Banyak bukti ajaran yang dibawakan oleh nabi Muhammad ini benar dari agama lain bahkan agama Islam ini menjadi pelengkap kepada ajaran atau agama yang dibawakan oleh nabi terdahulu. Salah satu bukti yang nyata adalah kebenaran risalah yakni AL-QURAN itu sendiri. Ramai golongan yang sebelum ini kufur iaitu orang yang tidak Islam, apabila mereaka membelek helaian Al-Quran dan mengkajinya, mereka akan terpesona dan mengakui kebenaran Al-Quran. Mustahil ia adalah karangan Nabi Muhammad itu sendiri melainkan ia adalah KALAMULLAH. Kalamullah ialah kata-kata tuhan yakni Allah SWT yang menjadi petunjuk kepada ummat manusia, yang menjadi pelengkap sebenar-benarnya. Tiada tuhan melainkan ALLAH SWT dan Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH. Cuba buka hati untuk mengenal tuhan yang sebenarnya.
Kadang-kadang manusia ini, dia mengaku dia itu seorang Islam, akan tetapi dia tidak kenal tuhannya. Bagaimana seoarang manusia demikian rupa. Bagaimana pula pengakhiran hidupnya sedangkan sepanjang hidupnya dia tidak pernah berusaha mengenal tuhannya yakni ALLAH SWT. Seoarang manusia sanggup berabis duit, masa dan tenaga untuk mencari ilmu yang dia percaya ilmu itu akan menjadi satu jaminan untuk mandapat pekerjaan yang baik. Adakah kita sedar bahawa kita jarang mencari atau dengan kata lain yang lebih mendesak lagi, ADAKAH KITA TELAH BERUSAHA UNTUK MENGERAH KERINGAT UNTUK BELAJAR ILMU KENALI TUHAN?. Kerana tujuan kita akhirnya kepada ALLAH. Kita lahir kerana ALLAH. Kita hidup untuk ALLAH. DAN kita akan kembali kepada ALLAH.
Jika kita masih ada perasaan tidak ingin mengambil tahu persoalan ini. Di sini ada satu soalan, kita hidup pada hari ini. Adakah kita tahu masa-masa silam sebelum kelahiran kita.Sebagai contoh, hari ini pada tanggal 4Mac2014. ALLAHAMDULLILAH kita diberi peluang hidup pada tarikh tersebut. Cuba mengimbau kenangan lalu pada tarikh-tarikh silam yang kita sendiri belum lahir. Kita tahu ke apa yang berlaku pada tersebut. Cuba pergi jauh lagi. 1000 tahun yang lepas. Ya.. kita tahu serba sedikit peristiwa yang telah berlaku tetapi itupun melalui mulut orang. Lihatlah betapa terbatasnya kuasa kita sebagai hamba. Sedarlah diri wahai insan , kita hanya seorang hamba. Tak terjangkau besarnya kuasa ALLAH. Bersyukurlah dilahirkan sebagai insan yang tergolong dalam golongan yang mempercayainya adanya tuhan. Sangat pelik ada golongan yang tidak mempercayai tuhan dan sangat bodoh ada golongan yang tidak mempercayai ALLAH lalu memilih ISLAMM sebagai agamanya. Cabarlah diri sendiri untuk mencari kelamahan Islam, nescaya kamu tidak akan temuinya melainkan kamu memang tidak cuba untuk mengenalinya dengan betul. Islam adalah sebaik-baik agama dan "the way of life".

Comments
Post a Comment