Anai-anai vs Kelkatu


Assalmualaikum.. selamat pagi semua .. sekadar tazkirah pagi, mudah-mudahan lahirlah rasa bersyukur dan keinsafan dipagi yg berbahagia ini. Insyallah sama-sama kita berkongsi ilmu yg cetek ini. Baru-baru ini ana terbaca tentang Istidraj iaitu nikmat yg ALLAH kurniakan kpd kita tanpa diredhai-Nya. Subhanallah, selama ini kita mengecapi nikmat yg ALLAH bagi dan merasakan ALLAH sgt sayang kpd kita walaupun kita sering kali melangga perintah ALLAH. Kita tahu sebenarnya itu istidraj. ALLAH bagi juga nikmat itu kpd kita tanpa diredhai-Nya.

Mengambil pengajaran kisah-kisah terdahulu, Qarun seorang hartwan yg amat kaya tiada tandingan pada zamannya. Kunci gudang hartanya sahaja memerlukan 40 ekor unta utk memikulnya. Bayangkan nikmat kekayaan yg ALLAH bagi kpdnya padahal dia kufur kpd ALLAH. Akhirnya dia telah tenggelam dgn hartanya. Ramai org tahu "harta qarun", tp tidak mengambil pengajaran dari kisah ini. Begitulah juga kiasah-kisah firaun dan juga Raja Namrud, semua telah binasa kerana kufur kod ALLAH SWT.

Berbalik pada tajuk di atas, ada satu analogi menarik tentang anai-anai dan kelkaltu. Kita tahu kelkatu berasal dari anai-anai bukan?
Sesungguhnya ALLLAH tidak menciptakan sesuatu pun dgn sia-sia melainkan utk memberi pengajaran bagi org-org yg ingin mengerti.
Anai-anai tinggal diatas tanah busut dan kayu-kayu buruk. Apabila dia menjadi kekaltu, dia diberi nikmat terbang dan akhirnya tertarik dgn sinaran cahaya lampu. Dia leka bermain dgn cahaya lampu, satu kenikmatan baginya berbanding rakan-rakanya yg tidak boleh terbang di sarang. Dia lupa tanggungjawabnya, dia diberi sayap adalah utk mencari tempat baru dan membina kaloni baru utk meneruskan kitaran hidup anai-anai. Akhirnya, dia mati sedang leka bermain dibawah sinaran lampu.

ALLAHUAKHBAR, sbg manusia kita hendaklah sentiasa mensyukuri nikmat yg ALLAH berikan kpd kita tidak putus-putus walaupun kita ni setiap kali melakukan dosa. Ulamak mengatakan cara utk bersyukur dgn pemberian nikmat ALLAH ini adalah dgn melakukan segala suruhan dan menjauhi larangan-Nya. ALLAH bagi nikmat sihat tubuh badan, akal yg cerdik .. gunakanlah sebaik-baiknya jgn "agah" dgn ALLAH. Marilah kita sama-sama istighfar.  Seluas-luas pintu dalam Islam adalah pintu taubat. Waallahu'alam.

*ni merupakan posting aku di satu page kt fb*

Comments

  1. Salam, rumah saya baru mengalami nya. Anai-anai tu menyerang satu rumah.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam .... :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kerinduan

Pencarian diteruskan

Tuhan...