Sifat Manusia

Hari ini adalah sama macam hari hari sebelum ini. Setiap manusia menjalani hari-harinya seperti biasa. Ada yg hari nya sama macam semalam, lebih baik drpd semalam atau lebih teruk dari semalam. Bagi diriku, hari ku hari ini yg bertarikh 21/7/2014 adalah sama sahaja macam semalam dan sebelum ini. Ya! Terdapat beberapa pembaharuan yg aku buat pada sesi semester baru ini..Aku sekarang berada di tahun 3, Ijazah Kejuruteraan Mekanikal. Namun, disebalik cita-cita yg melambung tinggi, aku buntu dalam mencari kemahuan diriku sebenarnya. Biasanya, perasaan ini hadir bila aku sendirian sambil memikirkan masa depan ku. Juga, perasaan ini timbul bila mana aku malas nk mengulang kaji pelajaran atau buat "assignment" .Hee.. teruknya la eh.. apa nak jadi wahai diri.. Cakap nk ubah negara.. nk ubah diri sendiri pun tersungkur bak teratai layu di tasik.madu. (ntah peribahasa ni betul x). Lalu, sempena hari Jummat, penghulu segala hari ini..Aku perlu bertekar tak akan membiarkan diriku hanyut terlalu jauh.. Aku perlu berenang ke tebing sedaya upaya ku .. Bila aku hanyut ke tengah lautan.. aku risau aku tak dapat berpatah balik lagi. Aku dahla tak pandai berenang.. Disini aku listkan beberapa perkara yg perlu aku "take note";

1. Aku adalah hamba Allah
2.Aku adalah khalifah di bumi ini
3.Aku adalah anak kpd ibu bapaku
4.Aku adalah seorang pelajar
5.Aku adalah..aku..

Setiap drp diatas ada fungsi dan peranannya.. No.5.. yg masih tercari-cari apa sebenarnya sebab ku dilahirkan ke duniawi kerana aku percaya setiap org mempunyai peranan masing-masing.

Comments

Popular posts from this blog

Kerinduan

Pencarian diteruskan

Tuhan...