Kisah 4 batang lilin

Di keheningan subuh yang dingin
Ku termenung bermuhasabah diri
Mengenangkan nasib diri sendiri
Apakah masih ada ruang untukku
Mencium haruman kasturi
Setelah berapa banyak noda ku lakukan
Lalu terdetik di fikiran
Satu cerita..
Kisah 4 batang lilin..
Alkisah.. di dalam sebuah bilik yang gelap;
Keadaan amat sunyi sekali,
Di atas meja, ada 4 batang lilin yang menyala,
Keadaan amat sunyi hingga terdengar perbualan antara mereka,

Lilin pertama; Untuk apa aku menyala lagi, manusia tidak pernah meggunakankan
aku dengan baik, jesteru baik aku padam sahaja. Lalu lilin pertama pun memadamkan dirinya sendiri. Beliau adalah "perubahan"
Manusia sering berazam, dan juga telah berubah lebih baik..tetapi perubahan itu sekejap sahaja dan tidak istiqamah.

Lilin kedua; Tiba giliran lilin kedua berbicara, aku lebih berhak padam dahulu!
Bentaknya.. tanpa berbicara lama, lalu ia pun memadamkan dirinya. Beliau adalah lilin "Iman". Manusia tidak berusaha menambahkan keimanan dalam diri bahkan selalu meruntuhkan iman yang ada, walaupun kalau hendak diukur, ia hanyalah senipis kulit bawang.

Lilin ketiga; Melihat dua rakannya telah mati, lalu lilin ketiga berkata. Aku antara yang paling bernilai dikalangan kamu, aku sering diguna dan dipuja tapi sayang manusia menggunakanku disalah tempat dan melebihkannya ditempat yang tidak sepatutnya. Untuk itu, apalah guna aku hidup lagi. Baik aku padam sebagaimana saudaraku yang dua tadi. Lilin ketiga adalah "cinta". Manusia begitu membajai dan suka menyemai cinta sesama manusia dan sanggup berkorban apa sahaja untuknya. Tetapi sayang, mereka lupa cinta hakiki yang patut diutamakan iaitu cinta pada sang Pencipta Agung..Allah SWT.

Dengan terpadamnya, tiga lilin tadi, keadaan menjadi makin suram di kamar tersebut. Tinggallah lilin keempat. Saat lilin keempat ingin memadamkan dirinya, lalu masukklah seorang insan dalam kamar tersebut, dia terkejut dan sedih, hanya sebatang lilin yang tinggal untuk menerangi kamarnya yang gelap gelita. Umpama sedikit sahaja cahya dalam hidupnya untuk dia guna sebagai penunjuk jalan. Lalu, dia merayu.. wahai lilin yang keempat, engkaulah satu-satunya untuk aku bergantung harap, janganlah engkau pun meninggalkanku. Lantas, lilin  keempat pun bersuara;

Janganlah engkau bersedih wahai hamba Allah,  selagi engkau mengharapkan pertolongan Allah dan mendambakan kasih sayangNya.. aku tidaklah sesekali akan padam. Akulah lilin "harapan". Dengan harapan...aku bisa hidupkan lilin "perubahan", "Iman" dan "cinta", selagi kau berharap dan memohon kepada Allah. Nescaya aku akan setia membantumu.
Kata-kata lilin keempat tersebut, berjaya mengubat hamba Allah itu, lalu dia tersenyum dan dia gembira masih ada peluang untuknya mengubah dirinya.

Begitulah analogi seorang hamba Allah yang hidup melata di bumi ini bertemankan norma-norma kehidupan yang pelbagai yang kadang-kadang membawa dirinya dekat pada Allah ataupun sebaliknya.  Kita hendaklah jangan berputus asa dengan rahmat Allah.  ALLAH..ALLAH. .ALLAHUAKHBAR. .

"iyya kana'budu wa iyya kanasta'in"

Harapan dan kembali - taubat dan doa: http://youtu.be/nU-a-ExmTJgo

Comments

Popular posts from this blog

Kerinduan

Pencarian diteruskan

Tuhan...