Pencinta
Mengapa aku sering gagal dalam bercinta
Belum sempat aku nikmati bahagia
Cinta itu hilang sekelip mata
Sesungguhnya aku tewas dengan dunia
Zahir dan batinnya yang mempersona
Buat aku lena dalam jaga
Lalu aku lupakan yang mencipta
Di hadapannya ku lakukan noda
Ketika itu ku rasa Dia seakan tiada
Ketika itu sang nafsu menjadi raja
Lalu ku campakkan diriku rosak binasa
Mujurlah ada secebis rasa
Aku ingin beriman walaupun seketika
Kerana aku masih ingin jadi hamba
Bukan sahaja manusia semata-mata
Ayuhlah diri semaikan cinta
Moga mekar subur bunganya
Harum semerbak wangian syurga
Ku tahu dia akan layu tanpa ku pinta
Namun apalah daya bagiku sang hamba
Selagi ada penggantungan pada yang Esa
Tautkan harapan dan doa
Wahai diri jangan pernah serik bercinta..
Comments
Post a Comment