Aku Sudah Bosan

Karenah kau buat aku tertekan
Aku cuba bimbingmu ke jalan
Kau elak lepaskan tangan
Jalan aku kau kata tiada harapan

Kata-kata mu bt ku terguris
Dalam berjenaka kau ketawa sinis
Setiap waktu hatiku kau hiris
Merana aku seorang diri dalam sadis

Kau kata kau ingin berubah
Kau ajakku untuk mengubah
Akhirnya kau sendiri yang rebah
Belum sempat aku melatah

Setiap masa kau kelam kabut
Mengejar dunia bagai ribut
Kau ingat dunia tiada tarikh luput?
Seksaan di akhirat telah disebut

Kadangkala kau bukan tak mahu
Juga bukan kau tidak tahu
Sudah banyak pesanan dari dulu
Namun kau kata nanti dulu..

Apalah nasib wahai diri
Sampai masa kau sendiri
Sampai masa hujahmu tiada lagi
Tuhan jua yang akan mengadili

Jauh-jauh si padang rata
Tidak kah kau sudah berada
Walaupun belum tiba suasana
Tetapi telah lama kau jejaknya

Tiada kata nak diucap lagi
Tiada maksud yang tersembunyi
Semuanya jelas didalam diri
Tinggal kau untuk mencari

~ ~ teruskan pencarian walaupun dan bosan~~ aku dah bosannnnnnn~~~~

Comments

Popular posts from this blog

Kerinduan

Pencarian diteruskan

Tuhan...