Sunyi sepi sendiri

Kekadang diri ini sunyi kerana cuba lari dari arus dunia yang tak terkejar dibauatnya. Sedang yang lain terus mengejar tanpa menoleh ke belakang. Aku seharusnya begitu jua kerana untuk beramal aku perlu kan ilmu. Akan ku kejar ilmu sang pencipta ini dan jadikan ia satu azimat buatku mengenalNya lebih dekat.Aku ingin mengenalNya. Duhai sang Pencipta , jadikanlah aku tidak mensia-siakan masa hidupku untuk mengenalMu. Andai terleka dan terlalai aku dijalan yang ku lalui ini, Engkau pimpinlah aku, kerana tiadalah upaya kudratku melainkan bantuanMu jua ya Robbi. Andai aku masih lagha dan rungsing memikirkan materialistik yang Engkau campakkan padaku untuk mengujiku. Sedarilah aku ya ALLAH, wang dan harta kebendaan tidak mampu memandu ke syurga dan ia tidaklah bernilai pun melainkan bantuan Mu jua ya Rahman.

Orang yang risau tentang hartanya kehabisan
Orang yang risau tentang hartanya tak terurus
Orang yang risau tentang hartanya diambil orang

Jauhilah diri ini dari terlalu mengejar harta yang mampu membinasakan amalan ku yang tidak seberapa ini. Ku pohon agar ditunjukki jalan untuk mencari harta yang sebenar. Harta yang diredhai. Harta yang tak akan kehabisan. Harta yang sentiasa terurus rapi . Harta yang tak bisa diambil orang kerana ia kurniaMu untukku sebagaimana kau berikan kepada hamba-hamba yang soleh. Harta yang tak ternilai adalah Iman.



Comments

Popular posts from this blog

Kerinduan

Pencarian diteruskan

Tuhan...