Renungan Hikmat


Aku terlena dalam berdiri
Aku terkufur dalam mentaati
Aku tersesat dalam ditunjuki
Kerana persona dunia mengaburi
Kerana persona dunia menutupi
Kerana itu sekecil-kecil iman diuji
Menduga hambaNya yang mengerti
Sejauh mana keikhlasan dihati
Sejauh mana kefahaman dipelajari
Untuk membuka pintu terkunci
Untuk diri melawan nafsi
PadaMu jualah aku berserah diri
Pada saat ini dan sesudah mati
Pohonku agar terbuka pintu syurgawi
Pada diriku yang hina ini.

Comments

Popular posts from this blog

Kerinduan

Pencarian diteruskan

Tuhan...