Biarlah aku miskin
Dipijak dihina
Jatuh dan terus tenggelam
Dalam paya yang berlumut
Airnya hitam dan gelap
Biarlah demikian
Asal aku masih sedar
Aku hanya hamba
Yang bertuan
Kalaulah aku mengerti segala Akan maksud tersembunyi Yang terang lagi bersuluh Tak bisa ku genggam Apatah lagi yang tersirat segenap ceruk Seteguk air aku teguk Buat penghilang dahaga Sungguh air itu sifatnya mengalir Mudah dipengaruhi Mudah dibentuk Juga mudah dihalang dan dibenteng Aku sangat dahaga KasihMu.. Aku rinduMu.. Aku ingin kenalMu.. Kau yang sentiasa bersamaku.. Bila langit rindukan awan Sebagai teman bermain diangkasa Matahari setia memerhati Gelagat awan dan langit Akan tetapi awan harus pergi Beban yang dikandung tak tertanggung Juga kerana desakan sang angin Awan beransur pergi Tinggallah langit sendiri Lalu pesan matahari. . Janganlah bersedih wahai teman.. Makammu tinggi sampai petala ke tujuh Padamu dipaut segala bintang dan galaksi Sungguh besar perananmu!!! Insan.. Janganlah engkau berduka Engkau sangat istimewa Janganlah pula keistimewamaan itu membunuhmu..
Aku mencari dan terus mencari Di segenap pelusuk tubuh Ke mana ku pandang Ku tahu Dia ada Kini ku tahu sifat dan hakikat Akhirnya hijab terbuka jua Yang mencari rupanya yang dicari Yang rahsia tetap rahsia. Matahari (Ash-Shams):8-maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya Matahari (Ash-Shams):9- sesungguhnya beruntungla orang yang mensucikan jiwa itu Matahari (Ash-Shams):10 - dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.
Biarkan aku berlapar Kerana dengan itu Aku akan ingat Tuhan Biarkan aku sengsara Kerana dengan itu Aku cari Tuhan Biarkan aku susah Kerana dengan itu Aku akan jumpa Tuhan Jangan biarkan.. Aku sedih.. Kerana dengan itu.. Aku takut.. Aku akan putus asa, Dalam mencari Tuhan. La Tahzan
Comments
Post a Comment